Hootoh Tumblr

The Truly Asia Blog

0 notes &

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan

Kata-kata Semangat menghadapi Peperiksaan atau ujian. Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan meningkatkan Motivasi Diri agar melakukan yang terbaik dalam sesuatu ujian dan terus berusaha dalam pelajaran. Kata-kata hikmah merangsang keyakinan diri dan meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan. Bahan bacaan inspirasi dan santai untuk Rehat Minda. Sesuai untuk calon peperiksaan dan pelajar sebagai Persediaan Akhir Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM agar lebih tenang di hari-hari terakhir sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.
Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan

Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.
Kadang-kadang kita sering putus asa dan tidak yakin pada diri sendiri. Bertenang dan Ingat kata-kata ini, jika kita telah melakukan yang terbaik, di samping tawakal dan redha jika diuji dengan kegagalan, maka bersedialah untuk satu kejayaan yang luarbiasa dan mengejutkan.

I cannot fail.
Dalam melakukan sesuatu kita harus yakin kita akan berjaya. Kalau kita yakin 100% akan berjaya, maka kita pasti akan menjayakannya.

If i never try, I’ll never know.
Usah ragu-ragu jika berdepan dengan sesuatu peluang. Jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Apa saja hasilnya, yang pasti ia tindakan yang tepat. Smaada kejayaan atau kegagalan, bukannya perkara utama, kerana  pengalaman itu merupakan pelajaran yang lebih beharga dari segala-galanya. Ia tidak dapat dijual beli dan pengalaman itu yang mendewasakan kita.

Today is not a good day to give up.
Selalu berfikiran positif. Yakin bahawa hari ini merupakan hari bertuah dan ia bukan hari yang sesuai untuk mengalah. Menurut kata-kata nasihat Tokoh yang berjaya. Jalan menuju kejayaan, bukan untuk orang yang mudah mengalah.

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
Orang-orang berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian mnjadi realiti.

Life is either a daring adventure or nothing.
Bukankah hidup adalah cabaran yang memerlukan keberanian, jika bukan ia tidak dinamakan kehidupan.

Every artist was first an amateur.
Setiap Tokoh Terhebat pada asalnya, hanya insan biasa. Jelas, sesiapa sahaja boleh menjadi sehabat tokoh lagenda di dunia ini. Mungkin dia, saya atau anda.

Kata-kata Semangat menghadapi Peperiksaan

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan

Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersusah payah dan tidak mudah putus asa, Allah akan memberikan ganjaran yang lebih besar kepada kita berbanding orang yang senang untuk mendapatkan sesuatu. Semakin susah Allah uji kita Semakin Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada kita.

Selagi mana kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran selagi itu Allah tidak akan bagi yang terbaik untuk kita. Apa yang kita dapat dalam peperiksaan semua bergantung kepada usaha kita dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.a.w. Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Seperti Firman Allah:

فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ

"sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal."
— Surah Ali’Imran ayat 159

Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan. Baca juga Cara atasi Gemuruh dan Panik ketika Peperiksaan. Segala yang buruk itu semuanya dari kekurangan diri HT sendiri dan sesuatu yang baik itu pula segalanya berpunca dari Allah dan dengan izinNya. Kata-kata untuk saya sendiri untuk terus menaikan semangat saya dalam pelajaran. Semoga kata-kata hikmah ini bermanfaat untuk kita semua dan membakar semangat dan motivasi calon-calon yang akan menduduki peperiksaan.  




More Entry about Panduan, Pendidikan
Original Entry: Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/dorongan-kata-semangat-sebelum.html

Filed under Hootoh Blog www.hootoh.my

blog comments powered by Disqus

HT-Team Blogger 2013 Total Ping

visit tracker on tumblr
NewsAlloy button